Apa itu Sephoria Dubai Grade 5A ?
  1. Kotak, botol dan cara pembungkusan luar dan dalam perfume kami adalah sama 100% seperti asli bagi perfume Sephora Dubai Grade 5A
  2. Ia dibungkus dan dibotolkan di Dubai yang pati asal perfume ini datang dari negara asal cuma dikurangkan pati dan alkoholnya apabila dibotolkan semula. Semestinya bau tetap sama.(Bukan dari China atau Indonesia yang berkualiti rendah)
  3. Tahan sehingga 04 - 06 jam berada didalam penghawa dingin (air-cond) dan suhu bilik (Jenama asli tahan lebih kurang 01 hari). Ketahanan bau perfume sebenarnya bergantung kepada suhu badan oleh itu pemakaian individu adalah berbeza.
  4. Kualiti 5A tidak sama dengan yang dijual dipasar malam/downtown/uptown yang berharga RM10.00 - RM30.00. Berhati-hati kerana ada beberapa pengedar menggunakan Grade 5A sebagai perfume original reject ataupun perfume original
  5. Sesuai Kepada Mereka Yang :- 
    • Kurang budget untuk membeli yang original
    • Penggemar perfume dan selalu bertukar - tukar jenis perfume mengikut majlis
    • Pengumpul botol dan koleksi perfume
    • Sentiasa menyembur perfume dalam kuantiti yang banyak
    • Selalu membawa perfume kemana - mana
    • Hadiah kepada rakan - rakan dan orang yang tersayang
    • 100% dijamin berpuas hati dengan harga yang berpatutan 











Apa itu Tahap Kepekatan Perfume?
  1. Eau de Cologne - Ianya merupakan yang paling kurang kepekatan. Perfume jenis ini biasanya tahan sehingga 2 jam sahaja
  2. Eau de Toilette - Lebih pekat dan merupakan yang paling popular yang berada di pasaran. Ketahanan sekitar 3 jam.
  3. Eau de Parfum - Merupakan yang ke-2 paling pekat. EDP banyak terdapat dalam perfume perempuan. Tahan sehingga 6 jam
  4. Perfume de Parfum - Paling tinggi nilai kepekarannya. Jenis kepekatan ini mampu bertahan sehingga 1 hari walaupun hanya sedikit penggunaan.












Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perfume Original Reject ? 

Kepada yang sudah biasa dengan perfume original reject ini pastinya anda yakin 100% dengan kualiti perfume ini. Ketahanan sehingga 08 - 12 jam dan tiada masalah malah bagi sesetengah jenama mampu bertahan sehingga 2 hari! Bagi yang baru mendengar istilah Perfume Original Reject ini, HRNiaga2U akan menerangkan apa itu perfume original reject berdasarkan soalan - soalan lazim yang biasa ditanya oleh pelanggan.

S : Apa itu Perfume Original Reject ?
J : Perfume Original Reject bermaksud perfume tersebut mengalami kecacatan semasa dikilangkan, semasa proses penghantaran kepada pembekal dan juga ketika kerosakan ketika dikaunter itu sendiri. Kecacatan yang dimaksudkan dari segi botol, tulisan yang terhakis, penutup perfume atau botol kemek, botol terdapat serpihan pecah, terdapat kesan calar pada botol dan lain - lain faktor yang tidak diterima oleh kaunter untuk jualan.

S : Adakah Perfume Original Reject sama dengan Perfume Orginal di kaunter ?
J : Perfume Original Reject sama seperti Perfume yang dijual di kaunter - kaunter. Saiz, bentuk botol, kuantiti, label, penutup dan lain - lain adalah sama dan yang paling penting haruman serta note - note perfume sama.

S : Jadi apa beza Perfume Original Reject dengan Perfume Original di kaunter ? Harga pula jauh lebih murah tetapi kualiti Perfume sama.
J : Berikut diterangkan perbezaan jelas antara Perfume Original Reject dan Pefume Original di kaunter :
  1. Pembungkusan (Packing)
    • Perfume Original Kaunter : Dibungkus cantik dengan kotak asal serta bersalut plastik dan diseal dengan pelekat pembuat (designer sticker). Dimasukkan didalam beg pembuat (designer bag) bagi perfume itu
    • Perfume Original Reject : Perfume dimasukkan didalam beg/kain baldu atau hanya datang dengan perfume sahaja.
  2. Fizikal perfume
    • Perfume Original Kaunter : Setiap perfume yang dijual di kaunter adalah 100% sempurna dari segi fizikalnya
    • Perfume Original Reject : Bagi perfume ini biasanya terdapat kesan calar pada botol, kemek pada botol, mempunyai kesan hakisan atau tulisan pudar, tiada penutup dan juga sesetengah perfume terdapat leaking pada botol. HRNiaga2U akan terangkan lebih lanjut tentang setiap faktor yang menyebabkan kecacatan pada perfume tersebut :
      • Kesan calar pada botol : Ia adalah perkara biasa bagi Perfume Oroginal Reject. Semasa proses pengumpulan perfume, setiap perfume dibuka kotaknya kemudian dikumpulkan di satu tempat untuk dikesan punca kecacatan (defect) setiap perfume tersebut. Semasa proses pengumpulan perfume ini, ia akan bergesel antara satu sama lain. Inilah antara penyebab perfume tersebut mempunyai kesan calar pada botolnya.
      • Hakisan tulisan dan pudar : Semasa pengumpulan perfume, mustahil tiada tumpah langsung. Perfume mempunyai alkohol. Kesan tumpahan perfume menyebabkan hakisan tulisan dan tulisan tersebut pudar. Walaubagaimanapun semasa dikilangkan dan proses "engrave" dilakukan, terdapat kesilapan juga menyebabkan tulisan hilang dan pudar
      • Tiada penutup (bagi sesetengah perfume) : Semasa proses pengumpulan perfume, ada penutup perfume yang hilang, pecah atau retak. Ini menyebabkan perfume itu tiada penutup.
      • Nozzle (Penyembur) ditukar : Setelah diteliti, masalah yang paling kritikal bagi sesuatu perfume ialah disebabkan pam pada perfume rosak atau tidak boleh sembur disebabkan terdapat udara yang terperangkap didalam saluran paip. Bagi membolehkan perfume ini dijual, pam akan dibaiki atau ditukar kepada pam lain. Ini menyebabkan ada sesetengah perfume nozzle tidak sama seperti perfume asal menyebabkan perfume tersebut di-reject.
      •  Botol Perfume Original Reject ini kelihatan agak teruk, adakah baunya tidak sama ?
S : Botol Perfume Orginal Reject ini kelihatan teruk, adakah baunya lari atau tidak sama ?
J : Bagi yang pernah menggunakan Perfume Original Reject, perkara ini pasti tiada masalah tetapi bagi yang baru mengenali Perfume Orginal Reject ini pelbagai soalan bermain di fikiran. Jadi tidak mengapa kerana HRNiaga2U percaya 70% dari kita membeli perfume atas sebab kesedapan aroma baunya dan memakai sendiri dan 30% lagi membeli perfume disebabkan memberi hadiah, mengumpul botol sebagai koleksi dan pelbagai sebab lagi. Bagi yang membeli untuk memakai sendiri, alasan kecacatan botol tiada masalah selagi baunya sama seperti perfume oroginal yang dijual di kaunter. Jadi, KENAPA PERLU BAYAR LEBIH sekiranya anda mampu membeli Perfume Original Reject pada harga 20 - 40 % lebih murah daripada harga perfume yang ada dipasaran. Bagi yang berniat membeli perfume atas sebab hadiah dan koleksi kemungkinan Perfume Original Reject tidak sesuai untuk anda. 

S : Bagaimana dengan "note - note" Perfume Original Reject ini ?
J : Walaupun dikelaskan sebagai Perfume Original Reject, tetapi istilah ini hanya benar pada keadaan fizikalnya sahaja. Dari aroma wangiannya sama sahaja terdapat "base note", "middle note" dan "upper note"

S : Adakah Perfume Original Reject ini sah dibawa solat ?
J : Soal alkohol memang sensitif bagi umat Islam. Memang benar terdapat alkohol dalam perfume, tetapi alkohol yang terdapat dalam perfume adalah alkohol yang sah untuk dibawa solat. Sila rujuk fatwa rasmi berkenaan penerangan alkohol dalam perfume (pewangi) disini :











  

6 cara yang betul memakai perfume (minyak wangi / perfume) 

Biasanya mereka yang memakai pewangi badan akan terus menyemburkan ia dibahagian ketiak, leher, baju dan sebagainya. Ada juga yang main sembur saja kalau sedang terburu-buru atau mahu cepat. Perfume akan menjadi sia-sia kalau tak dipakai dengan cara yang betul, sudah juga harganya mahalkan? Menurut Alexandre Freile, dari Axe Perfumes Expert dari Fragrance House Firmenich, semburan pewangi boleh dilakukan dengan cara yang betul. Berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda semua cuba :
  • Pastikan berada di dalam bilik yang bersuhu normal atau agak hangat.
  • Semburkan minyak wangi dari jarak sejengkal dari tapak tangan anda
  • Semburkan di titik-titik nadi yakni bahagian leher tepatnya di bawah rambut, pergelangan tangan, dan bahagian dalam siku.
  • Untuk membuat aroma pewangi bertahan lama, gunakan selepas mandi dan semburkan pada pakaian yang akan dikenakan.
  • Lapisan bau wangian dengan membasuh badan anda dengan sabun dan losyen yang sama dengan bau minyak wangi. Set wangian yang menggabungkan gel mandi, losyen badan, dan minyak wangi adalah bagus untuk bau yang tahan lama dan berkesan, tetapi apa-apa sabun atau losyen yang mengandungi unsur-unsur bau serupa adalah baik.
  • Elakkan menggosok minyak wangi ke dalam kulit anda. Walaupun ini adalah amalan biasa, berbuat demikian akan merosakkan bahan kimia dalam pewangi anda dan mengubah keseimbangan bau. Sebaliknya, semburan sedikit bau pada kulit anda dan biarkan ia kering secara semulajadi.
Setelah langkah mudah ini dilakukan, anda akan tampil wangi sepanjang hari. Namun, tentu saja anda harus memilih aroma parfum mengikut kesesuaian anda. Pilihlah minyak wangi dengan aroma yang tidak membuat orang di sekitar anda pening kepala.